My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 April 2018

    Pengurus Restoran Sebar Gambar Lucah Bekas Teman Wanita Dijel



    Seorang pengurus restoran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas dia menukar pe­ngakuan bersalah bagi tiga pertuduhan menyebarkan gambar lucah bekas teman wanita­nya yang kini merupakan seorang doktor di dalam laman blog, tiga tahun lalu. 

    Hakim Azman Mustapha me­ngarahkan tertuduh, Mohammad Khairul Abidin Abdul Rahim, 34, menjalani hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan secara berasingan.

    Ketika dituduh pada 28 Mac lalu, bapa kepada seorang anak berusia dua tahun itu mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan dan dia ditahan di Penjara Marang apabila gagal membayar wang jaminan yang ditetapkan seba­nyak RM30,000.

    Dalam penghakimannya, Azman berkata, beliau bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa perbuatan tertuduh menyebarkan gambar mengaibkan mangsa adalah keji dan bertujuan untuk menghancurkan masa depan wanita itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pengurus Restoran Sebar Gambar Lucah Bekas Teman Wanita Dijel Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top