My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 April 2018

    Perancis Dan Brazil Diramal Bertembung Di Final Piala Dunia



    “Mungkin anda mahu saksikan ulangan final Piala Dunia 1998 di Russia pula kali ini?,” kata bekas pemain tengah Perancis, Robert Pires.

    Itu reaksi bekas pemain tengah Arsenal yang turut membarisi skuad Les Bleus pada temasya di laman sendiri, 20 tahun lalu apabila ditanya mengenai prospek pasukan kebangsaannya itu pada pusingan akhir Piala Dunia di Russia, Jun ini.

    Pandangan Pires turut disokong oleh bekas pertahanan kiri Brazil, Maxwell ketika turut diminta mengulas mengenai perkara sama pada sidang media eksklusif selepas majlis pelancaran Piala Juara Juara Antarabangsa (ICC) 2018 di Artscience Museum, Singapura, semalam.

    Meskipun turut tertawa, namun Maxwell mengharapkan tragedi yang dilalui skuad Selecao di Stade de France pada edisi 1998 tidak lagi berulang sambil mengharapkan Brazil dapat meraih trofi terulung itu sejak kali terakhir pada 2002.

    “Ulangan final 1998 namun keputusan yang berbeza,” kata Maxwell. “Oh tidak, keputusan yang sama,” balas Pires.

    Pada pentas final Piala Dunia 1998 itu, Perancis merangkul Piala Dunia buat julung kalinya selepas gah menundukkan Brazil 3-0 menerusi dua jaringan pemain tengahnya, Zinedine Zidane dan Emmanuel Petit.

    Pires dan Maxwell serta seorang lagi bekas pemain Atletico Madrid, Jose Luis Perez mewakili pasukan masing-masing yang akan berentap pada pada kejohanan membabitkan Arsenal, Paris Saint Germain dan Atletico Madrid bagi aksi pemanas badan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Singapura, Julai ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perancis Dan Brazil Diramal Bertembung Di Final Piala Dunia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top