My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 April 2018

    Projek RTS Link Berjalan Lancar



    Pembangunan Sistem Transit Rapid Link (RTS Link), projek rentas sempadan utama yang menghubungkan Singapura dan Malaysia kini berjalan lancar. 

    Menteri Pengangkutan republik itu, Khaw Boon Wan menerusi catatan di laman Facebooknya berkata, beliau amat teruja dengan perkembangan projek yang menghubungkan Stesen Woodlands North, Singapura ke Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru itu. Beliau berada di kedua-dua lokasi terbabit kelmarin bagi meninjau perkembangan projek berkenaan.

    Boon Wan juga sempat berkongsi video berdurasi 40 saat yang memaparkan tapak kerja RTS Link serta 11 gambar lain dalam catatan itu.

    Beliau disertai kumpulan yang mewakili Kementerian Pengangkutan Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Prasarana Malaysia Bhd., KTM Bhd. dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor.

    Turut serta, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura dan SMRT Corp. Boon Wan berkata, RTS Link yang dijangka siap pada 2024 akan menjadi kaedah pengangkutan pilihan bagi mereka yang berulang-alik merentasi Selat Johor.

    “Di Singapura, laluan Thomson-East Coast Line akan menghubungkan pengguna dari Woodlands North ke rangkaian Sistem Transit Massa (MRT) tempatan ke Kawasan Pusat Perniagaan di selatan, Kawasan Jurong Lake di barat, Kawasan Punggol Innovation di utara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di timur,” jelasnya.

    Beliau menambah, tempoh perjalanan antara Woodlands North dan Bukit Chagar menerusi RTS Link adalah sekitar lima minit. Turut disediakan kawasan meletak kenderaan untuk kemudahan pengguna Malaysia di Bukit Chagar.

    Jelasnya, kemudahan menghubungkan stesen menerusi sistem bas tempatan dan Bas Transit Rapid akan memastikan hubungan yang lebih lancar. “Pembangunan ini akan mengalihkan pengguna yang menggunakan Tambak Johor ketika ini, malah kami menjangkakan RTS Link dapat mengurangkan kesesakan yang ketara di sana,” katanya.

    Apabila beroperasi sepenuhnya, RTS Link yang merentasi Selat Johor menerusi sebuah jambatan setinggi 25 meter, mampu membawa kira-kira 10,000 orang sejam bagi setiap arah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Projek RTS Link Berjalan Lancar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top