My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 April 2018

    Sah Mayat Hoi Lang



    MAYAT lelaki ditemui terapung di Pulau Manukan, dekat Kota Kinabalu hari ini disahkan sebagai Ng Hoi Lang, 20. Hoi Lang adalah antara dua individu dilaporkan hilang di Pantai Bundusan, Melugus, Papar, pada 22 April lalu. 

    Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan. "Mayat kedua dan terakhir itu ditemui di perairan Pulau Manukan dan dibawa ke HQE.

    “Lelaki itu kemudian disahkan sebagai Hoi Lang. Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula 22 April lalu berakhir petang tadi dengan penemuan mayat berkenaan," katanya.
    Sebelum ini, mangsa pertama Petrus Lai Chui Ming, 12, ditemui sekumpulan nelayan di kawasan pantai kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, kelmarin. Pada 22 April lalu, Hoi Lang dan Petrus dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Bundusan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sah Mayat Hoi Lang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top