My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 21 April 2018

    Selamat Jalan Arsene Wenger



    Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan bakal melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 22 tahun berkuat kuasa pada penghujung musim ini. 

    Sebagai rekod, pengurus berusia 69 tahun itu menyertai The Gunners pada tahun 1996 selepas membimbing kelab berpangkalan di Jepun, Nagoya Grampus Height. Jelasnya, hasrat untuk melepaskan jawatan telah difikir sejak sekian lama dan setelah berbincang dengan pihak pengurusan kelab, kedua-dua pihak bersetuju dengan keputusan ini.

    "Saya sangat beruntung kerana menjadi sebahagian besar daripada kejayaan pasukan ini untuk tempoh yang panjang. Saya berterima kasih dengan pihak pengurusan, barisan pemain dan khususnya penyokong yang sentiasa memberi sokongan penuh buat kami.

    "Meskipun kita sudah tidak lagi bersama, saya akan tetap menyokong pasukan ini sehingga ke akhir hayat," kata pengendali kelahiran Perancis itu.

    Wenger telah membantu Arsenal menjulang tiga trofi Liga Perdana England (EPL) dan tujuh trofi Piala FA England sepanjang 22 tahun khidmatnya di Stadium Highbury sebelum berhijrah ke Stadium Emirates.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Selamat Jalan Arsene Wenger Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top