My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 20 April 2018

    Tidak Ada Parti Yang Sempurna Tetapi Sekurang-Kurangnya Ingatlah Jasa




    Di dalam politik, ramai yang mengharapkan sesuatu yang memberi manfaat kepada setiap seorang individu. Malah, ada yang mengharapkan sebuah parti politik yang sempurna samada dari tadbir urus, gerak kerja mahupun perjuangannya. Pada masa yang sama, ramai yang terlupa, tidak ada walau satu pun parti politik di dunia ini yang sempurna kesemuanya.

    Hal yang sama turut berlaku di dalam MCA. Walaupun MCA adalah rakan setia UMNO yang membentuk Barisan Nasional, parti ini juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Sudah menjadi resam, tidak ada yang sempurna walaupun manusia itu sendiri mencari kesempurnaan.

    Namun begitu, sesuatu yang harus diakui adalah, MCA sejak sekian lama adalah parti komponen yang setia bersama-sama Barisan Nasional. Walaupun pelbagai cabaran samada dari segi politik mahupun komunikasi, MCA kekal komited dalam meneruskan agenda nasional dan kekal setia dengan kepimpinan tertinggi yang dipilih dari UMNO.

    Pada masa yang sama, masyarakat Tionghua sendiri tidak harus menolak peranan dan jasa besar yang dimainkan MCA sejak sekian lama. Sejak dari awal lagi, MCA adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan nasib kaum Tionghua di dalam Barisan Nasional.

    Samada dari segi sosio budaya, kepentingan kaum sehinggalah pelajaran, MCA kekal memperjuangkan nasib kaum Tionghua sebelum dihasut oleh DAP. Hasil hasutan gila inilah yang menyaksikan masyarakat Tionghua seolah-olah melupakan apa jua kerja dan jasa yang dibuat oleh MCA dalam memperjuangkan nasib masyarakat Tionghua ini.

    Memetik kata-kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin hari ini, beliau berkata, MCA tidak pernah menukar 'pasangan' dan setia dengan BN, tidak seperti DAP yang dahulunya bekerjasama dengan PAS, tetapi kini sudah menceraikannya dan memilih bekerjasama dengan musuhnya selama berpuluh-puluh tahun.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tidak Ada Parti Yang Sempurna Tetapi Sekurang-Kurangnya Ingatlah Jasa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top