My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 16 April 2018

    Tiga Beradik Ditemui Rentung Dalam Kebakaran



    Tiga beradik ditemui rentung dalam kediaman mereka yang musnah akibat kebakaran di Kampung Pegagau di sini mala semalam. Dalam kejadian pada pukul 7.40 malam itu, ketiga-tiga mangsa berusia antara tiga hingga lima tahun maut selepas terperangkap dalam rumah terbabit. 

    Mangsa terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Puangsa berusia lima tahun serta dua kanak-kanak lelaki, Emang dan Botak masing-masing berusia lima serta tiga tahun. Kesemua mereka ditemui di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, 10 anggota bersama dua jentera bergegas dikerahkan ke lokasi kejadian. "Jarak antara lokasi dan balai bomba terdekat ialah 23 kilometer. Sebaik tiba di lokasi, rumah tersebut telah terbakar 95 peratus.

    “Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran selain cuba menyelamatkan mangsa sebelum mereka ditemui rentung sebaik operasi terkawal kira-kira 9 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.43 malam semalam. “Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Beradik Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top