My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 April 2018

    Wanita Disedut Keluar Pesawat



    Seorang wanita maut selepas dia disedut keluar dari tingkap sebuah pesawat milik Southwest Airlines selama beberapa minit selepas berlepas pada ketinggian 9,900 meter ketika dalam penerbangan dari Bandar Raya New York menuju ke Dallas kelmarin. 

    Insiden berlaku apabila enjin kiri kapal terbang jenis Boeing 737-700 itu tiba-tiba meletup dan serpihan komponen berkenaan meme­cahkan cermin tingkap di sebe­lah tempat duduk mangsa, Jennifer Riordan demikian menurut laporan Mail Online.

    Riordan, 43, menetap di Albuquerque, New Mexico di Amerika Syarikat (AS) dan merupakan seorang eksekutif bank di Wells Fargo di samping ibu kepada dua orang anak. Seramai tujuh lagi penumpang pesawat itu dilaporkan cedera dalam insiden tersebut. Pesawat berkenaan membawa seramai 144 penum­pang dan lima kru kabin ketika kejadian.

    Juruterbangnya, Tammie Jo Shults me­lakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Philadelphia pada pukul 11.27 pagi (waktu tempatan) kelmarin. Riordan dibawa ke sebuah hospital di Philadelphia sebelum pihak berkuasa mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

    Seorang penumpang pesawat itu, Alfred Tumlinson dari Corpus Christi, Texas mendakwa, beberapa penumpang lain dapat menarik mangsa kembali ke dalam pesawat dan memberikan bantuan kecemasan.

    “Wanita itu berada di luar pesawat dari bahagian kepala hingga pinggangnya,” kata penum­pang penerbangan itu, Eric Zilbert.

    Beberapa penumpang lain pula mendakwa terdengar bunyi letupan dan terhidu bau asap sebelum pesawat Southwest Airlines itu menjunam kira-kira 30 meter. Dalam kenyataannya di laman Twitter, Southwest Airlines Syarikat menyatakan:

    "Penerbangan 1380 yang berlepas dari LaGuardia ke Dallas Love Field, itu dilencongkan ke Philadelphia kerana masalah operasi. Pesawat mendarat dengan selamat.” Southwest Airlines tidak mengumumkan kecederaan yang dialami mangsa dan punca enjin kapal terbang meletup. Pihak berkuasa masih menyi­asat kejadian tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wanita Disedut Keluar Pesawat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top