My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 20 April 2018

    Zidane, Bale Nafi Bermasalah



    Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan, beliau tidak memiliki masalah dengan Gareth Bale selepas pemain sayap antarabangsa Wales itu menjadi pemanas bangku simpanan ketika seri 1-1 menentang Athletic Bilbao, Rabu lalu. 

    Pada aksi itu, Bale tampil sebagai pemain gantian ketika permainan berbaki 20 minit terakhir selepas Real ketinggalan jaringan hasil sentuhan Inaki Williams di Santiago Bernabeu. Bekas penyerang Tottenham Hotspur itu hampir berjaya menjaringkan gol penyamaan sebelum Cristiano Ronaldo memastikan Real meraih sekurang-kurang satu mata apabila meledak gol pada minit ke-87.

    Real akan bermain untuk aksi separuh ak­hir pertama Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich minggu depan dan perlawanan bertemu Athletic itu merupakan aksi pertama Bale sejak dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika menentang Juventus sewaktu saingan suku akhir Liga Juara-Juara minggu lalu.

    “Saya tiada masalah dengan Bale. Dia antara salah seorang daripada 25 pemain dalam skuad. Dia tidak bermula hari ini (semalam) kerana masih ada pemain-pemain lain beraksi lebih baik. Kamu (wartawan) kerap berta­nyakan soalan ini kepada saya tetapi jawapan saya tetap sama dan tidak akan berubah,” ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Zidane, Bale Nafi Bermasalah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top