My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 May 2018

    Apa Hal Kau Kejar Polis?



    POLIS sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menakut-nakutkan pegawai polis dengan mengejarnya menggunakan kenderaan, Jumaat lalu. 

    Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata ketika pegawai polis itu dalam perjalanan dari Kampung Baru-Baru di Kota Belud menuju ke Tuaran, dia diekori sebuah Proton Wira Aeroback dipandu Samri Abil, 36, atau dikenali dengan nama ‘Oking’.

    “Berikutan itu, pengadu (pegawai polis) meminta bantuan pihak polis dan pasukan polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud kemudian bergegas ke lokasi dan cuba menahan kereta suspek.

    “Menyedari kehadiran kereta peronda polis (MPV), suspek bertindak agresif dengan memecut keretanya dan enggan berhenti. Susulan itu, anggota polis mengejarnya, namun suspek dapat meloloskan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Mohd Zaidi berkata, siasatan mendapati punca suspek mengejar kereta pegawai polis terbabit dipercayai akibat dendam terhadap pengadu yang memberi amaran kepada salah seorang pembantu suspek yang terbabit dalam penjualan dadah jenis syabu.

    Beliau berkata, pengadu merasakan dirinya diancam oleh suspek yang cuba untuk menggertak dan menakut-nakutkannya. “Sehubungan itu, polis kini giat mengesan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Hal Kau Kejar Polis? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top