My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 May 2018

    Asalkan Bukan GST...



    Sejak 3 tahun lalu, antara isu yang paling hangat diperkatakan adalah mengenai cukai GST yang dilaksanakan pada 1 April 2015. Isu ini bukan satu perkara kecil kerana sistem cukai ini dikatakan menjadi punca kepada kenaikan harga barangan di pasaran tempatan sejak sebelum dan selepas perlaksanaannya.

    Justeru, bukan satu yang mengejutkan apabila Pakatan Harapan menjadikan isu ini sebagai modal kempen mereka sepanjang Pilihan Raya Umum ke 14. Pelbagai cara mereka gunakan untuk mempengaruhi rakyat supaya memberi undi kepada mereka sehinggalah wujudnya ayat, kami memberikan undi kepada Pakatan Harapan asalkan tidak dikenakan GST lagi.

    Setelah beberapa kenyataan bertindih dikeluarkan oleh kerajaan, akhirnya semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan, kerajaan bakal memperkenalkan semula SST bagi menggantikan GST. Menurut pengumuman berkenaan, cukai SST bakal dikenakan sebanyak 10 peratus berbanding GST yang hanya mengenakan caj sebanyak 6 peratus.

    Kita tidak perlu untuk mengkaji dengan mendalam jumlah peratusan cukai yang dikenakan dalam tempoh terdekat ini. Sekali imbas, kita sudah dapat membaca, kadar cukai berkenaan lebih tinggi berbanding caj GST. Malah, sebelum ini, kadar cukai SST dikenakan pada 15 peratus sebelum ianya dikurangkan oleh cukai GST.

    Timbul persoalan, adakah harga barangan akan menjadi lebih murah setelah perlaksanaan cukai GST ini dimansuhkan setelah perlaksanaan SST kelak? Secara amnya, jika kita sedar akan keadaan semasa sekarang, harga barangan keperluan sudah mula naik antara 6 hingga 15 peratus sejak awal bulan ini.

    Justeru, apabila menyatakan harga barang akan menjadi lebih murah setelah perlaksanaan SST kelak, ianya lebih kepada angan-angan yang tidak mungkin kesampaian. Perlu kita faham adalah, sejak dari merdeka sehingga hari ini, tidak ada satupun harga barang semakin hari semakin murah. Semua harga barangan keperluan sentiasa naik tanpa kira apa jua faktor sekalipun.

    Jadi, kita sudah boleh mengagak, sebaik sahaja Dewan Rakyat meluluskan permansuhan GST dan digantikan dengan cukai SST kelak, harga barangan akan sekali lagi mencatatkan penambahan sehingga 10 peratus dan sekali lagi, rakyat yang selama ini mengharapkan harga barang semakin turun, terpaksa menelan hakikat bahawa, harga barang tidak akan turun untuk selama-lamanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Asalkan Bukan GST... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top