My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 8 May 2018

    Ayam Berkokok Nampak Ular



    BUNYI kokokan ayam peliharaan pesara tentera menyelamatkan keluarganya susulan kehadiran seekor ular tedung selar di Kampung Bolong, Tuaran, semalam. 

    Dalam kejadian 6.10 petang itu, lelaki dikenali sebagai Pak Fadil, 55, berkata kokokan ayam tidak henti-henti menyebabkan kehadiran ular terbabit disedari ahli keluarganya sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

    “Ketika kejadian, saya keluar kerana ada urusan dan hanya isteri serta seorang anak berada di rumah sebelum menyedari kehadiran reptilia sepanjang empat meter itu. Kejadian pertama kali ini mengejutkan kami yang baru berpindah di sini, terutama kawasan berhampiran rumah masih dipenuhi semak,” katanya.

    Pak Fadil berkata, susulan kejadian itu mereka segera membersihkan kawasan persekitaran rumah untuk mengelak kejadian sama berulang.

    Sementara itu, Pegawai APM Unit Tuaran, Paulina Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.15 petang sebelum mengerah sepasukan anggota ke lokasi.

    “Ular itu ditemui di reban ayam milik pengadu sebelum ditangkap menggunakan penjerut, pencangkuk dan penyepit berikutan ia bertindak agresif. Operasi mengambil masa selama 13 minit dan selesai pada jam 7.20 malam,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ayam Berkokok Nampak Ular Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top