My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 7 May 2018

    Kempen MCA Semakin Diterima Baik Pengundi



    Bagi sesebuah parti politik, detik yang paling dinantikan adalah detik Pilihan Raya Umum. Pada ketika ini, kekuatan sesebuah parti akan dapat dinilai menerusi penerimaan rakyat terhadap apa yang ingin dibawa dan diperjuangkan oleh mereka. Malah, pada ketika inilah, sesebuah parti politik akan menilai sendiri apa kemajuan yang telah mereka bawa sepanjang diberi mandat oleh rakyat.

    Hal yang sama tidak terkecuali dengan MCA. Pada peringkat awal, ramai yang menganggap MCA akan tenggelam di sebalik asakan bertali arus DAP yang dilihat cukup agresif mahu menamatkan terus perjuangan MCA di dalam Barisan Nasional. Pelbagai provokasi dilancarkan termasuklah dakwaan mereka kononnya MCA bukanlah sebuah parti yang berteraskan kaum Cina sepenuhnya.

    Strategi DAP mudah. Dengan mengasingkan kaum Cina dengan MCA, ianya akan turut sama menghasut kaum lain terutamanya kaum Melayu yang secara amnya menjadi majoriti pengundi teramai di Malaysia untuk menolak MCA. Tanpa mereka sedari, MCA merupakan salah sebuah parti komponen utama BN dan teras mereka masih lagi berlandaskan kepada kaum Cina.

    Namun, apa yang disaksikan sepanjang tempoh 11 hari kempen Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini, kempen yang digerakkan MCA semakin hari semakin mendapat tempat dihati pengundi. Malah, dalam kesemua ceramah mahupun program yang dianjurkan oleh MCA, kehadiran orang ramai tanpa mengira kaum, cukup meriah dan senario ini cukup berlainan dengan kempen MCA semasa PRU ke 13 yang lalu.

    Mungkin, gerak kerja yang telah digerakkan oleh jentera MCA sejak lebih 3 tahun lalu sudah menampakkan hasilnya. Malah, dengan pendirian yang cukup tegas untuk kekal komited bersama BN dan memperjuangkan nasib rakyat terutamanya kaum Cina, ianya sudah mula diterima oleh rakyat.

    Tambahan pula, dengan cara kempen DAP yang memupuk kebencian antara kaum menjadikan MCA sebagai parti yang boleh diberikan kepercayaan untuk menang di sesebuah kawasan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kempen MCA Semakin Diterima Baik Pengundi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top