My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 21 May 2018

    Keputusan Cerai Selepas Solat Istikharah



    PELAKON Nazim Othman dan bekas isteri Bella Dally mengambil masa enam jam untuk berbincang dari hati ke hati berhubung keputusan untuk bercerai baru-baru ini. 

    Nazim berkata, perbincangan dibuat sehari sebelum dia terbang ke Kota Kinabalu, Sabah bagi memfailkan perceraian mereka. Perkara itu dikongsikan Nazim dengan memuat naik gambar bersama Bella di Instagram miliknya.

    "Segala kesedihan, punca perpisahan serta hal yang berlaku adalah lebih baik hanya kami berdua yang simpan. Kami menerima ketentuan ini dengan berlapang dada dan bersetuju untuk tidak mensensasikan topik ini kepada umum," katanya.

    Menurut Nazim, mereka menghargai setiap nasihat yang datang, tetapi keputusan itu dibuat selepas membuat solat istikharah. "Kuncinya adalah reda. Walaupun ia keputusan yang berat dan amat menyedihkan tapi saya percaya Allah SWT menghantar setiap ujian itu kepada hambaNya yang kuat dan kami percaya perpisahan adalah jalan terbaik untuk kami berdua.

    "Sesungguhnya, Allah sememangnya sebaik-baik perancang. Jadi kepada anda semua teruskan hidup dengan tenang dan positif. Semoga Allah sentiasa mengasihani kita," tulisnya.

    Terdahulu, Nazim dan Bella mengesahkan mereka sudah bercerai menerusi kenyataan di Instagram pada 17 Mei lalu. Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Keputusan Cerai Selepas Solat Istikharah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top