My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 15 May 2018

    Malaysia Akan Penuhi Obligasi Hutang




    MAJLIS Penasihat Kerajaan memberi jaminan bahawa Malaysia akan memenuhi tanggungjawab hutangnya di bawah kerajaan baharu dan menekankan bahawa perubahan politik semasa di negara ini berlaku pada ‘masa yang sangat positif’. 

    Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang juga sebahagian daripada pasukan lima anggota itu berkata, negara ini mengalami tempoh pelarasan, tetapi ia juga disokong oleh persekitaran ekonomi yang menggalakkan seperti harga minyak dunia yang lebih tinggi.

    “Minyak kini diniagakan melepasi AS$70 setong dan dengan itu terdapat sedikit kelegaan. Kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan dasar tertentu supaya kita akan mempunyai pelarasan yang teratur.

    “Ini juga mengambil kira keupayaan institusi seperti Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan,” kata bekas Gabenor Bank Negara itu kepada Bernama selepas menghadiri sesi taklimat dengan tiga agensi penarafan antarabangsa, hari ini.

    Zeti mengadakan pertemuan secara berasingan dengan agensi penarafan Moody’s Investors Service, S&P Global Ratings dan Fitch Ratings, untuk membincangkan persekitaran semasa di negara ini. 

    Dalam pertemuan itu, beliau turut memberi penjelasan mengenai hala tuju dasar yang meluas di bawah kerajaan baharu, isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), subsidi serta bagaimana Malaysia boleh memenuhi keperluan pendapatannya berikutan penghapusan cukai itu.

    Wanita pertama menjadi gabenor bank pusat itu berkata, Majlis Penasihat Kerajaan akan melihat keseluruhan pengurusan kedudukan fiskal, termasuk proses tadbir urus, bagaimana keputusan dibuat serta tahap ketelusan dan pendedahan.

    Selain Zeti, anggota lain majlis berkenaan adalah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Merican; ahli ekonomi, Prof Jomo Kwame Sundaram dan taikun, Tan Sri Robert Kuok.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Akan Penuhi Obligasi Hutang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top