My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 May 2018

    Malaysia Mudah Jinakkan Rusia



    SKUAD badminton lelaki ne­gara menepis panda­ngan sebelah mata yang dilabel kepada mereka apabila mematahkan langkah kesemua pemain Rusia untuk menang 5-0 pada aksi pertama Kumpulan D Piala Thomas di Arena Impact, Bangkok, Thailand semalam. 

    Langkah kanan dimulakan oleh kapten pasukan, Datuk Lee Chong Wei yang mengutip mata pertama setelah merealisasikan mimpi ngeri yang diramalkan oleh Vladimir Malkov dengan kemenangan 21-9, 21-6.

    Mata kedua dikutip gandi­ngan Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang terpaksa berhem­pas pulas se­belum menundukkan pasa­ngan Rusia, Vladimir Ivanov dan Ivan Sozonov 21-18, 21-19. Rentak cemerlang diteruskan pemain perseorangan kedua, Lee Zhi Jia apabila tanpa belas kasihan menghancurkan harapan Rusia untuk bangkit de­ngan mengalahkan Sergey Sirant 21-13, 21-16.

    Kedudukan selamat tersebut bagaimanapun tidak membuatkan Malaysia ingin beri muka kepada Rusia apabila terus menambah mata menerusi beregu, Aaron Chia-Teo Ee Yi dengan keputusan 21-16, 21-9.

    Rusia akhirnya kempunan ma­ta setelah Iskandar Zulkarnain melengkapkan kemena­ngan ber­sih buat negara dengan keputusan 21-9, 21-12 ke atas pemain berusia 19 tahun, Rodion Alimov. Berbangga dengan aksi yang dipamerkan barisan negara, Chong Wei berharap ia dapat melonjakkan semangat mereka untuk terus mengutip mata pada perlawanan-perlawanan akan da­tang.

    “Kami turunkan barisan ter­kuat hari ini (semalam) kerana pemain-pemain Rusia gemar me­ngasak dan memiliki tenaga yang luar biasa. “Kemenangan ini penting bagi meningkatkan semangat dan mo­­ral barisan pemain negara untuk menghadapi lebih banyak cabaran pada perlawanan sele­pas ini. 

    “Esok (hari ini), kami akan berjumpa dengan Algeria sebelum membuat perhitungan besar dengan juara bertahan, Denmark. Kami akan bincang bersama rakan sepasukan me­ngenai strateginya nanti,” kata­nya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Mudah Jinakkan Rusia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top