My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 21 May 2018

    Pengemis Mati Tinggalkan Wang RM4.3 Juta Dalam Akaun



    Seorang pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya yang bergantung hidup menerusi sumbangan orang ramai di Lebanon disahkan meninggal dunia sebagai jutawan. 

    Polis tempatan terkejut selepas mendapati Fatima Othman, 52, berjaya mengumpul wang dengan begitu banyak ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar Beirut. Mayat Fatima ditemui dalam sebuah kereta terbiar di daerah Barbir di sini bersama dua beg mengandung wang tunai AS$3,300 (RM13,100).

    Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta). Jurucakap polis, Joseph Musallem menyatakan, Fatima meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak disiasat sebagai kes kematian akibat perbuatan jenayah.

    Fatima cacat selepas cedera ketika Perang Saudara Lebanon yang menyebabkan tangan dan kakinya kudung, menurut akhbar tempatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pengemis Mati Tinggalkan Wang RM4.3 Juta Dalam Akaun Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top