My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 16 May 2018

    PETRONAS, Saudi Aramco Urus Operasi JV



    PETRONAS dan Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) melancarkan identiti korporat bagi menguruskan operasi usaha sama (JV) kedua-dua syarikat berkenaan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC). 

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, identiti korporat JV itu ialah Pengerang Refining Company Sdn Bhd (PrefChem Refining) dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (PrefChem Petrochemical).

    “PETRONAS dan Saudi Aramco memuktamadkan Perjanjian Pembelian Saham (SPA) pada Mac lalu membabitkan pelaburan berjumlah AS$7 bilion (RM27.4 bilion) untuk pegangan ekuiti sama rata dan penyertaan dalam operasi penapisan minyak, perekah dan kemudahan petrokimia terpilih di PIC.

    “JV ini dibangunkan berdasarkan visi dan nilai dikongsi yang menggariskan keutamaan kedua-dua syarikat dalam menyumbang kepada rakyat dan negara masing-masing,” katanya pada majlis Pelancaran Logo Identiti Korporat JV antara PETRONAS dan Saudi Aramco, di Pengerang, semalam.

    Wan Zulkiflee berkata, sehingga kini, PIC sudah 90 peratus disiapkan dan berada dalam landasan tepat untuk memulakan operasi pada suku pertama 2019. “PIC menempatkan kompleks Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia (RAPID) yang merangkumi kompleks penapisan minyak mentah bersepadu, perekah naphtha dan petrokimia.

    “Kompleks ini juga disokong kemudahan lain yang terdiri daripada Loji Janaan Bersama Pengerang (PCP), Terminal Regasifikasi 2 (RGT2), Projek Air Mentah RAPID (PAMER), Unit Pemisahan Udara (ASU), Terminal Perairan Dalam Pengerang (PDT2), selain Kemudahan dan Utiliti Berpusat (UF).

    “Sehingga kini, kompleks penapisan minyak dan perekah kini sudah siap 96.54 peratus manakala kemudahan petrokimia sudah mencapai 84.8 peratus,” katanya.

    Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin H Nasser berkata, JV berkenaan menguatkan kedudukan dan pertumbuhan syarikat di Asia Tenggara menerusi penawaran minyak mentah dan operasi hiliran berskala dunia.

    “JV ini juga selari dengan strategi hiliran kami untuk melabur dalam penapisan global dan sistem petrokimia kompleks perkilangan berskala dunia di rantau utama dengan kapasiti penapisan lapan juta hingga 10 juta tong sehari menjelang 2030.

    “Malaysia menawarkan peluang terbaik kepada pengembangan portfolio hiliran Saudi Aramco di Asia dan lokasi strategik PrefChem di Pengerang akan memperlihatkan negara ini sebagai hab tenaga serantau prolifik,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PETRONAS, Saudi Aramco Urus Operasi JV Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top