My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 May 2018

    Siasatan 1MDB, Antara Polemik Dan Realiti



    Selain daripada janji untuk menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari, siasatan mengenai pelbagai projek mega juga turut terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu. Sudah semestinya, 1MDB antara yang menjadi sasaran utama dalam siasatan pelbagai projek mega ini.

    Seperti yang dijangkakan, pada 17 Mei yang lalu, bermulalah siasatan terhadap 1MDB. Apa yang menarik untuk dikatakan, ketika kesemua umat Islam di negara ini sedang dalam persiapan menyambut bulan Ramadhan, kediaman Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Jalan Langgak Duta, ibu negara, di serbu oleh pasukan khas PDRM bagi mencari apa sahaja bukti terhadap penglibatan beliau di dalam 1MDB.

    Ianya bermula usai sahaja solat Terawih yang dihadiri beliau di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Satu persatu digeledah selama beberapa hari dan hasilnya, pasukan berkenaan membawa keluar sejumlah bag tangan, hadiah yang diterima oleh Datuk Seri Mohd Najib dan isteri, pakaian termasuklah kasut sikecil cucu Datuk Seri Mohd Najib itu sendiri.

    Malah, diberitakan di kesemua saluran media, sebanyak 8 peti besi dipecahkan termasuk menjumpai surat nikah Datuk Seri Mohd Najib dan isteri. Tidak ketinggalan juga, pelbagai berita kurang enak juga turut kedengaran semasa penggeledahan ini dilakukan oleh pasukan berkenaan. Persoalannya, adakah ini adalah siasatan berunsur politik ataupun sememangnya satu arahan dari pihak atasan?

    Tidak dapat dinafikan, ramai dikalangan rakyat Malaysia tertanya-tanya, kenapa penggeledahan ini dilakukan. Malah, ada yang turut menzahirkan perasaan simpati terhadap cara layanan yang diterima oleh Datuk Seri Mohd Najib selepas beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

    Ramai yang agak hairan, kenapa siasatan berkenaan di mulakan di kediaman beliau sedangkan secara amnya, menurut hasil siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), beliau bukanlah AHli Lembaga Pengarah Eksekutif yang berhak memutuskan sebarang tindakan mahupun mengambil sebarang keputusan pelaburan.

    Beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah bukan Eksekutif yang mana jawatannya itu adalah hasil lantikan daripada Lembaga Pengarah Eksekutif. Sepatutnya, siasatan seumpama ini dimulakan dengan soal siasat kesemua ahli PAC terlebih dahulu sebelum dilanjutkan kepada CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

    Malah, pihak berkuasa juga berhak untuk menyoal siasat kesemua ahli Lembaga Pengarah Eksekutif 1MDB bagi mendapat keterangan dan mendapatkan bukti sahih sebarang salah laku 1MDB.Ini kerana, Arul Kanda dan kesemua ahli Lembaga Pengarah 1MDB jauh lebih tahu dan berhak dalam memutuskan segala perkara mengenai perjalanan sesebuah syarikat.

    Malah, menurut beberapa pemerhati dan pengamal undang-undang, pihak berkuasa juga berhak untuk mendapatkan salinan laporan kewangan 1MDB dan setiap seorang ahli Lembaga Pengarah 1MDB bagi memastikan wujudnya sebarang salah laku di dalam syarikat berkenaan. Paling utama, pihak berkuasa boleh sahajamenyerbu pejabat 1MDB bagi melicinkan siasatan.

    Ini tidak. Semuanya menjadi sedikit janggal apabila tumpuan siasatan lebih terarah kepada DAtuk Seri Mohd Najib seorang. Itulah yang menjadi persoalan ramai, kenapa hanya beliau sahaja yang cuba dikaitkan dengan 1MDB sedangkan CEO dan kesemua ahli Lembaga Pengarah 1MDB masih bebas tanpa sebarang siasatan dilakukan keatas mereka.

    Untuk berlaku adil, adalah disarankan supaya semua mereka yang menguasai 1MDB turut disiasat. Malah, penyata akaun dan perjalanan syarikat serta pelaburannya samada di dalam mahupun luar negara perlu disiasat dengan terperinci supaya rakyat tahu akan kebenaran disebalik dakwaan kononnya wujud skandal penyelewengan terbesar di dalam 1MDB.

    Hari ini, mungkin bagi mereka yang mengagungkan kemarahan terhadap Datuk Seri Mohd Najib menganggap, serbuan berkenaan wajar dilakukan kononnya beliau adalah "mastermind" disebalik penubuhan 1MDB. Tetapi bagi kebanyakan rakyat, mereka juga ingin tahu penglibatan Arul Kanda dan kesemua ahli Lembaga Pengarah 1MDB dalam skandal penyelewengan kewangan 1MDB.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siasatan 1MDB, Antara Polemik Dan Realiti Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top