My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 15 May 2018

    'Syafiq Kyle Kecewakan Saya'- Sheila Rusly



    GARA-gara masalah jadual pelakon Syafiq Kyle, telefilem Dekatkan Jarak Kita Raya yang diangkat daripada drama popular Dekatkan Jarak Kita yang ditayangkan di TV3 terpaksa dibatalkan penggambarannya. 

    Penerbit syarikat JS Pictures Sdn Bhd, Sheila Rusly mengakui kecewa dan sedih dengan perkara itu memandangkan skrip dan proses pra produksi sudah siap untuk menjalani penggambaran. "Tarikh sudah diberi dan 'lock' sejak Mac lalu tetapi tiba-tiba pengurus Syafiq memaklumkan artis jagaannya terikat dengan jadual kerja lain.

    "Kalau betul tidak ada masa, kena cakap dari awal. Saya sangat kecewa dan sedih kerana projek ini atas permintaan pihak stesen TV. Tambahan pula, skrip dan pra produksi sudah siap. Tinggal nak menjalani penggambaran saja," katanya.

    Shiela yang ditemui sejurus Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) semalam berkata, telefilem itu adalah hadiah kepada peminat yang menyokong drama itu ketika ditayangkan di slot Samarinda tahun lalu.

    "Apabila Syafiq tidak dapat menjayakan telefilem ini saya dan suami ambil keputusan untuk tidak meneruskan penggambaran. Saya juga tidak mahu menukar pelakon lain kerana sudah dipersetujui dengan stesen TV.

    "Saya tidak mahu perjudikan produk saya semata-mata untuk menukar pelakon. Saya akan dulukan kualiti dan kalau ganti dengan pelakon lain, bukan lagi produk asal, tetapi akan jadi cerita baru. Tidak mengapa saya kecewa daripada membuatkan penonton kecewa," katanya yang sepatutnya menjalani penggambaran selama 10 hari bermula 8 Mei lalu.

    Syafiq mengakui ralat dan kecewa kerana tidak dapat menjayakan telefilem itu disebabkan jadual dan komitmen kerja yang padat. "Bukan saja saya, malah semua pihak yang sepatutnya terbabit dalam telefilem ini berasa kecewa. Saya anggap ini bukan rezeki.

    "Memang tarikh sudah 'lock' sejak Mac lalu, tetapi saya terbabit dalam drama Nur yang juga untuk tayangan TV3. Namun, berlaku kelewatan beberapa hari daripada jadual asal. Dengan apa yang terjadi, saya berharap kita semua perlu pandang positif dan bukannya negatif. Sebagai pelakon, saya hanya buat kerja dan tidak berhak membuat sebarang keputusan," katanya.

    Dalam masa sama, Syafiq tidak mahu masalah yang timbul mengeruhkan hubungannya dengan pihak JS Pictures Sdn Bhd. "Alhamdulillah, saya ada jumpa jumpa Sis (Sheila) dan hubungan kami okey. Apa yang berlaku adalah salah faham. Saya juga sudah meminta maaf.

    "Saya faham, masing-masing berasa kecewa sebab tidak dapat merealisasikan telefilem ini. Mungkin masa akan datang kami boleh bekerjasama lagi," katanya. Pada DFKL 2018, drama arahan Azman Yahya atau Jinggo dinobatkan Drama Pilihan dengan gandingan pelakon Syafiq Kyle dan Ayda Jebat diumumkan sebagai Pasangan Pilihan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Syafiq Kyle Kecewakan Saya'- Sheila Rusly Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top