My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 8 May 2018

    Terus Pujuk Jackman



    Tahun lalu, pelakon kelahiran Australia, Hugh Jackman mengumumkan bersara sebagai makhluk mutan Wolverine atau Logan selepas membintangi watak itu dalam lapan filem. Logan menjadi filem terakhir pelakon berusia 49 tahun itu beraksi sebagai Wolverine. 

    Namun, bintang Ryan Reynolds masih menaruh harapan besar agar Wolverine dan adiwira Deadpool dapat berganding dalam filem pada masa depan. Ini kerana menurut Reynolds, 41, sekuel kedua Deadpool 2 menyelitkan kehadiran Wolverine dan menggambarkan mutan itu berada dalam keadaan sihat.

    “Dalam kisah Deadpool, Logan masih hidup dan sihat. Digambarkan seorang lelaki bernama Logan yang aktif bergerak dan mempunyai bulu dada lebat serta kuku tajam,” katanya kepada majalah Entertainment Weekly.

    Bagaimanapun, bapa kepada dua anak itu menyedari bukan mudah untuk memujuk Jackman kembali sebagai Wolverine. “Saya sedar agak mustahil pujuk Jackman tetapi tiada pelakon lain yang boleh menjadi Wolverine sebagus dia. Dia adalah yang terbaik dan saya merindui lakonannya sebagai Logan,” katanya.

    Ujar Reynolds, seperti peminat lain dia cuba memujuk Jackman supaya kembali membawa watak itu setiap kali bertemu dengannya. “Saya akan cadangkan supaya kami bergandingan. Ia pasti menyeronokkan,” katanya. Deadpool 2 berdasarkan komik Marvel bakal menemui penonton pada 17 Mei ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Terus Pujuk Jackman Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top