My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 7 May 2018

    Tiket Percuma Galak Keriangan



    Movie Animation Park Studios (MAPS) menawarkan tiket masuk percuma kepada golongan ibu yang melawat taman tema itu ditemani anak masing-masing sempena sambutan Hari Ibu. Taman tema itu dalam kenyataannya berkata, sebagai pengendali taman tema yang menawarkan keseronokan dan keterujaan kepada orang ramai, sambutan Hari Ibu adalah masa yang tepat untuk saat berkenaan.

    “Tawaran eksklusif ini sah hanya pada 12 dan 13 Mei ini serta kami menawarkan tiket masuk dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Bagi menjadikan sambutan Hari Ibu lebih bermakna, MAPS membawakan persembahan selebriti terkemuka seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Siti Nordiana dan Khalifah Band,” katanya.

    Selain permainan dan persembahan di taman tema itu, aktiviti poket turut diatur bagi menjayakan sambutan hari berkenaan. Antaranya persembahan fesyen ibu, pencarian harta karun keluarga, kuiz kenali ibu anda, pertandingan foto dan video serta pertandingan mewarna.

    Tiket taman tema MAPS dijual pada harga RM50 bagi kanak-kanak dan warga emas dan RM60 dewasa. Bagi tiket sesi petang, ia berharga RM35 untuk kanak-kanak dan warga emas serta RM60 dewasa.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini, boleh layari laman web MAPS di www.mapsperak.com atau ikuti Facebook MAPS di facebook.com/mapsperak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiket Percuma Galak Keriangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top