My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 May 2018

    Tujuh Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang



    Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Buluh Balui di sini musnah terbakar pagi tadi. Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu. 

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Lingem berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 6.47 pagi.

    Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bomba kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja memadam kebakaran. "Sebaik tiba di kampung berkenaan, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar rumah dua tingkat jenis struktur separuh kekal itu.

    "Pasukan bomba kemudian bertindak melakukan operasi pemadaman bagi mengawal kebakaran tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Tawang menambah, api marak dengan pantas disebabkan struktur rumah itu diperbuat daripada bahan-bahan yang mudah terbakar. Katanya, kebakaran itu dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 7.54 pagi. "Buat masa ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi disiasat" ujarnya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tujuh Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top