My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 7 May 2018

    Uqasha Ditahan Disyaki Miliki 53 Pil Eramin 5



    Pelakon Uqasha Senrose ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan 53 biji pil eramin 5 bernilai RM660 dalam beg tangan Chanel miliknya selepas selebriti itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini semalam. 

    Kemalangan pada pukul 11.45 pagi itu berlaku ketika pelakon wanita itu memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover seorang diri telah melanggar kenderaan Honda BRV dipandu seorang lelaki.

    Satu sumber berkata, selepas kemalangan itu, Uqasha Senrose atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, telah dibawa ke Balai Polis TTDI untuk siasatan.

    “Semasa pemeriksaan ke atas pelakon itu, polis menemui enam keping aluminium foil (kertas timah) berwarna merah yang ke­semua mempunyai 53 biji dadah disyaki jenis eramin 5. Dadah tersebut ditemui dalam beg berjenama mewah selebriti itu,” kata beliau semasa dihubungi malam tadi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Uqasha Ditahan Disyaki Miliki 53 Pil Eramin 5 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top